Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan HukumnyaDibawah ini adalah antara koleksi gambar-gambar artis yang pernah jadi pondan.Rancangan komedi yang meletup kerana berwatak pondan sudah tidak asing lagi bagi rancangan tv Malaysia.Di Rancangan komedi senario watak pondan paling menjadi dibawah oleh Apek.Kemudian banyak lagi pondan-pondan yang muncul membuatkan anda tersengih.Hukumnya berlakon jadi Pondan?Baca dibawah
artis pondan infolaju Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo1 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo10 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis pondan malaysia Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya artis pondan Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo11 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo12 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo13 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo14 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo15 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo2 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo3 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo4 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo5 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo6 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

artis+pondan billyinfo8 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

source

artis+pondan billyinfo9 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

hukum berlakon pondan1 Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

hukum berlakon pondan Koleksi Gambar Artis Malaysia Jadi Pondan Dan Hukumnya

TENTU seronok menyaksikan drama atau rancangan bersiri bersama anak pada waktu malam atau hujung minggu sama ada secara percuma atau melalui saluran berbayar. Ini lebih-lebih lagi dengan kemunculan rancangan realiti bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang tidak dinafikan banyak melahirkan bakat baru dalam lakonan.

Namun, sama ada kita perasan atau tidak, beberapa rancangan yang menjadi kesukaan kanak-kanak kerap menggunakan pelakon lelaki untuk membawa watak wanita dan memakai pakaian wanita. Dikhuatiri jika keadaan ini dibiarkan, ia akan mempengaruhi pemikiran dan perwatakan kanak-kanak yang gemar menonton rancangan itu.
Walaupun niat mereka mungkin ingin menyampaikan mesej yang baik tetapi banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum yang ditetapkan Islam. Apatah lagi majoriti pelakon terbabit adalah Melayu beragama Islam. Dalam Islam hukumnya jelas haram seorang lelaki berpakaian perempuan, maka ia tetap tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan. Majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti wanita dilarang menyerupai lelaki

Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al-Bukhari). Maksud menyerupai dalam konteks hadis di atas, termasuk menyerupai gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai’il Lil Nisa’ menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita sama ada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita.

Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) Pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (HR Bukhari dan Muslim).

Menurut pandangan dikeluarkan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi, penerbitan dan dunia lakonan yang harus hendaklah memenuhi beberapa syarat, antaranya: l Filem dan lakonan mestilah bersih daripada pengaruh kegila-gilaan, fasik atau yang menjejaskan akidah dan akhlak serta syariat Islam; apa jua filem dan lakonan mengajak masyarakat kepada dosa dan maksiat atau menjurus kepada kriminal atau keganasan dan kebatilan adalah haram.

l Lakonan dan perfileman tidak boleh berlaku percampuran bebas keterlaluan dan persentuhan antara lelaki dan wanita serta pendedahan aurat wanita dan lelaki, ini untuk menjaga fitnah dan syubhah. l Ia ada kepentingan kesedaran kepada masyarakat (ada unsur pengajaran, iktibar dan keagamaan). Jika sesuatu produk filem atau lakonan memenuhi syarat minimum di atas, maka ia adalah harus dan halal.

Mesyuarat KhasJawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008 bersamaan 20 Zulhijjah 1429H memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki menyerupai wanita (mak nyah/ pondan) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah haram di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar sebaik-baiknya kepada anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Orang Islam lelaki yang berlagak seperti perempuan boleh didakwa di bawah kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Sebagai contoh, Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”

Bagaimanapun terdapat sedikit pengecualian atau klausa selamat (safety clause) dalam peruntukan tersebut, di mana terdapat perkataan ‘atas tujuan bermoral’, yakni seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam tidak boleh dikenakan tindakan melainkan dia berpakaian sedemikian untuk tujuan tidak bermoral atau untuk tujuan maksiat.

Jika seseorang lelaki saja-saja memakai pakaian perempuan di tempat awam, atau berlagak seperti perempuan di tempat awam, tanpa tujuan melakukan maksiat, maka dia tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Peruntukan yang hampir sama juga terdapat di Negeri Selangor, Johor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi tempoh hukuman penjara.

Penulis berpandangan peruntukan ini perlu dipinda kerana ia berlawanan dengan kehendak Hukum Syarak yang mengharamkan lelaki menyerupai perempuan tidak kira untuk tujuan apa sekalipun. Peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, dan Kelantan lebih bertepatan dengan Hukum Syarak. Sebagai contoh, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 memperuntukkan: “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Hukuman bagi kesalahan berlagak seperti perempuan di Perlis lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 memperuntukkan bahawa “(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.” Ramai ibu bapa sekarang sibuk dengan kerjaya.

Tidak mahu diganggu anak dan serahkan anak kepada televisyen. Lebih mudah dan murah. Kita tidak mahu ibu bapa terpaksa membayar harga yang mahal untuk memulihkan kembali personaliti dan disiplin anak yang tercemar akibat pengaruh televisyen. Penulis boleh dihubungi [email protected] Penulis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)@Hmetro

Incoming search terms:

Comments

comments

Baca Info Ni Jugaclose