Agong Dan Permaisuri Filipina Cuba Masuk Istana Negara

Agong Dan Permaisuri Filipina Cuba Masuk Istana Negara | Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada ‘pemimpin’ yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11 tahun.Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

hitam masuk istana+infolaju.com  Agong Dan Permaisuri Filipina Cuba Masuk Istana Negara

Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang berasal dari Filipina.

KUALA LUMPUR: Mereka yang mendakwa dirinya sebagai “agong”, “permaisuri agong” dan “anakanda agong” merupakan antara sekumpulan 10 individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa sebagai “Yang di-Pertuan Agong yang sah”.-mStar

 

Persoalan yang berlegar-legar di fikiran kita sekarang, siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara?

Semalam, 10 individu berpakaian serba hitam telah ditangkap pihak polis setelah mengadakan cubaan untuk merampas Istana Negara.

Semakan untuk mencari perihal mereka telah menjumpai beberapa “maklumat penting” mengenai kumpulan ini.

Ehsan dari http://myalexanderwathern.blogspot.com:

~ Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara. 

~ Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II (dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi). 

~ Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. 

~ Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. 

~ Jemaah mereka iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk dan jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. (Tiga hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia). 

~ Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist. 

~ Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali. 

~ Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan. 

~ Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh wali-wali Songo, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. 

~ Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan. 

~ Dalam salah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”. 

~ Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York. 

~ Mereka akan sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. 

Maklumat di atas hanyalah hasil dialog penulis blog dengan seorang pengikut Kumpulan Panji Hitam. Maklumat ini harus diselidiki dan dipertimbangkan sendiri oleh para pembaca..

Akaun Facebook parodi 

Sementara itu, semakan di laman sosial Facebook oleh FMT untuk mencari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II tidak membuahkan hasil, tetapi sebuah laman parodi telah dijumpai di SINI.

“Page untuk hamba rakyat beta semua. Akaun original Raja Nusantara sudah kena hacked oleh RileksCrew. This Is Parody Page Beta,” seperti yang tertera di laman tersebut.

Posting pertama berkenaan insiden penangkapan pengikut Kumpulan Panji Hitam memaparkan:

“Yang kena tahan semalam tu rakyat beta, beta tengah rileks kat Kota Bharu lg ni, semalam bersama sahabat Sultan Kelantan kat istana beliau kt majlis Qiam With Me. Malam ni beta balik Kedah..get ready hangpaaa semuaa..beta balik ni.” 

“Gampang betol..rakyat beta gi istana sebab nk qiamullail mcm kt istana sultan Kelantan tu..habis seme diangkutnya…dah tu masuk tv free2 je…ingat rakyat beta ni bangang2 macam TV3 sama Utusan ke nk tawan istana dengan 10 orang? 

“’Walk the talk’. Beta cakap, beta berani tunaikan gi istana tu. hangpa semua keyboard warrior pong pang dalam facebook. bukti beta ada telur. tak mcm aljibby. Misi beta sekarang nak tawan kerusi Presiden FAM dari sultan bolo,” kata ‘Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II’. 

Di insiden sekitar jam 4.10 pagi semalam, kumpulan yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan dua orang perempuan itu telah menaiki tiga buah kereta untuk datang ke Istana Negara.

Mereka dikatakan bertujuan datang ke Istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa merekalah pewaris agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tidak menjumpai sebarang barang atau senjata, hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Sementara itu Bernama melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

“Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyaipengikut yang setia.

“Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini telah mencetuskan isu keselamatan,pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.

Free Malaysia Today

Comments

comments

Baca Info Ni Jugaclose