Punca Empat Kanak-Kanak Mati Lemas Cari Kepah

Punca Empat Kanak-Kanak Mati Lemas Cari Kepah | Punca empat kanak-kanak ini mati lemas dipercayai daripada salah

seorang daripada kanak-kanak itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan yang agak dalam menyebabkan mereka dipercayai saling membantu untuk menyelamatkan mangsa yang terjatuh sebelum semuanya lemas.

Beberapa orang awam menyedari kejadian itu dan terjun untuk membawa keluar dua mangsa dipercayai pasangan adik beradik berkenaan yang bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia pada jam 5.47 petang.

infolaju.com 31 Punca Empat Kanak Kanak Mati Lemas Cari Kepah

Ia diikuti dua mangsa lain yang ditemui pasukan bomba masing-masing pada jam 6.01 petang dan 6.04 petang. Semua mayat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Melaka Tengah: Empat kanak-kanak termasuk sepasang adik-beradik ditemui lemas di Sungai Melaka berdekatan Taman Seri Kerubong, Fasa 3, di sini, petang semalam.

Difahamkan, semua mangsa iaitu Mohd Hazimi Fadzli, 9 dan adik perempuannya, Hanis Balqis, 7, bersama Athafiz Amin, 10, serta Radziatul Nadia Rosnan, 12, pergi berjalan kaki ke kawasan itu dipercayai bagi mencari kepah di sungai terbabit, kira-kira jam 4 petang.
Ibu Radziatul, Norizan Zainal, 40, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah bersama beberapa rakannya yang juga jiran mereka.

Saya yang baru membeli juadah berbuka puasa tidak menyangka apa-apa kerana dia (anak) kebiasaannya hanya bermain di taman permainan di sekitar kawasan ini.

Jiran maklum anak lemas
Namun, hati ini tersentak apabila jiran memaklumkan anak perempuan saya lemas di sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi. Turut berada di tempat kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Sazali Md Din.

Norizan berkata, beliau hanya mampu reda namun sedikit terkilan kerana tidak sempat membelikan jubah raya untuk anaknya yang sepatutnya dibeli hari ini.

Perubahan anak

“Saya tidak melihat sebarang perubahan ketara yang lain kecuali dia kerap mengerjakan solat Tarawih dan berkurung dalam bilik sejak kebelakangan ini,” katanya.

Difahamkan, semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng, malam tadi.

Sementara itu, Pegawai Pengurusan Balai Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Melaka, Timbalan Penguasa Bomba, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 4.58 petang.

“Seramai 18 anggota termasuk Unit Penyelam bersama dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Ayer Keroh terbabit dalam operasi menyelamat mangsa.

“Setiba di tempat kejadian, dua daripada mangsa sudah dikeluarkan orang awam manakala dua lagi dikeluarkan bomba tidak lama kemudian,” katanya-Berita Harian

Comments

comments

Baca Info Ni Jugaclose