Tag: gangguan bekalan air selangor 2013

Notis Gangguan Bekalan Air Di Selangor Ogos 2013

Notis Gangguan Bekalan Air Di Selangor Ogos 2013 | Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang semalam dijangka memberi kesan hampir sejuta pengguna atau 57 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

SHAH ALAM: Suasana gembira cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini bertukar menjadi hambar bagi sesetengah penduduk di sini dan Klang berikutan penutupan operasi empat loji rawatan air sejak semalam kerana tumpahan diesel di Sungai Selangor.

Seorang juruwang sebuah restoran, berkata bekalan air sudah mula tiada sejak semalam dan kini restoran berkenaan hanya bergantung kepada air tangki yang tidak diketahui sampai bila boleh bertahan.

Abdul Mutalib Syed Muhamad berkata, ketiadaan air itu juga telah memberi kesan kepada operasi restoran itu dengan jumlah pelanggan datang untuk bersarapan agak kurang.

Beliau berharap bekalan air dapat dipulihkan seawal yang mungkin.

Seorang pengusaha kedai dobi di Seksyen 11 di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Chai berkata, beliau menyedari bekalan air telah tiada semasa membuka kedai pagi ini.

Beliau berkata, beberapa pelanggan yang datang untuk menghantar baju untuk dicuci di kedainya tidak jadi berbuat demikian apabila diberitahu tiada bekalan air.
“Air tangki yang ada tidak cukup untuk mencuci baju dalam kuantiti yang banyak. Kita hanya buat dry-cleaning dan hand-wash untuk hari ini kerana tidak memerlukan banyak air,” katanya yang berharap bekalan air dapat dipulihkan segera.

Seorang penduduk Taman Seri Andalas, Klang Roszita Mohd Tauhid berkata, bekalan air di kawasan perumahan itu terputus sejak malam tadi.

“Air tiada dari malam tadi dan sejak jam 4 petang semalam bekalan air mula perlahan. Bekalan air terputus kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya. Beliau berharap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dapat menghantar bekalan air bagi membantu penduduk kerana ada yang mengadakan kenduri kahwin pada hari ini. – BERNAMA

gangguan bekalan air selangor+xlupa.net  Notis Gangguan Bekalan Air Di Selangor Ogos 2013
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS TIDAK BERJADUAL LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1), FASA 2 (SSP2), FASA 3 (SSP3) DAN RANTAU PANJANG
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa operator loji bagi pihak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Rantau Panjang iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan operator loji bagi LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengesan pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel terletak di hulu sungai muka sauk air mentah loji-loji rawatan air berkenaan. Tumpahan minyak diesel ini telah dikesan oleh operator loji berkenaan sekitar jam 8.00 pagi, 30 Ogos 2013 dan ekoran daripada itu, kedua-kedua operator loji berkenaan telah menghentitugas keempat-empat loji rawatan berkenaan di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi ini. Pihak operator loji berkenaan memaklumkan bahawa ianya dijangka akan mengambil masa sekitar 14 jam sebelum tumpahan minyak diesel tersebut melewati muka sauk air mentah loji rawatan air masing-masing. Di samping itu, pihak kedua-dua operator loji rawatan air sedang memantau keadaan bagi memastikan air yang tercemar tidak mengalir masuk ke loji rawatan air supaya setiap LRA dapat beroperasi semula dengan kadar segera apabila pencemaran tidak berlaku lagi.

Untuk makluman, ke empat-empat loji rawatan air ini mengeluarkan bekalan air terawat sebanyak 2,670 Juta Liter Sehari (JLH) dan merupakan 57% daripada jumlah permintaan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehubungan itu, jika hentitugas loji rawatan air ini berlarutan ke tempoh yang lebih lama, sebahagian para pengguna dijangka akan mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air di tujuh (7) wilayah pengguna iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor terutamanya kawasan pengguna yang berada di penghujung sistem agihan bekalan air dan di tempat yang tinggi atau dengan simpanan yang kecil. Sehubungan itu, para pengguna pada masa kini hanya bergantung kepada simpanan air terawat yang ada di kolam-kolam imbangan keempat-empat loji rawatan dan kolam-kolam perkhidmatan SYABAS yang berada setiap kawasan pengguna.

Dengan rezab kapasiti bekalan air terawat yang kecil pada kadar sekitar 1% sahaja dan dengan kadar permintaan yang tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang kali ini akan menyebabkan masa pemulihan (recovery) yang agak lama walaupun setelah ke empat-empat loji rawatan air dapat beroperasi seperti sediakala. Adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat dan SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air terutamanya adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu.

Dalam masa yang sama, pihak SYABAS telah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan semua pihak berkuasa tempatan berhubung situasi hentitugas oleh LRA tersebut. Justeru, SYABAS ingin menasihatkan para pengguna di tujuh (7) kawasan tersebut supaya menggunakan air secara sangat berhemah bagi menghadapi gangguan tersebut.

Memandangkan kemungkinan gangguan bekalan air berlarutan dan melibatkan kawasan yang besar dan bilangan pengguna yang terlibat adalah sangat ramai, pihak SYABAS akan menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi membantu pengguna dalam penghantaran bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik. Untuk makluman, SYABAS akan menyediakan sebanyak 42 lori tangki air dan 525 tangki statik untuk tujuan ini. Walaubagaimanapun, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa pihak SYABAS tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang terlibat adalah sangat ramai. Oleh yang demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agar bersabar dengan menggunakan air untuk tujuan utama sahaja.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada jam 4:00 petang hari ini dan meletakkan kakitangannya dalam keadaan tunggusedia untuk mengurus gangguan bekalan air disebabkan hentitugas tidak berjadual loji-loji rawatan tersebut termasuk bantuan bekalan air kepada pengguna yang terlibat.-SYABAS

Baca Info Ni Jugaclose