Tag: hosni mubarak

Punca Morsi Digulingkan Tentera Mesir

Punca Morsi Digulingkan Tentera Mesir-Dunia masih terkejut dengan tindakan tentera yang menggulingkan Presiden Mesir. Mesir kini berada di bawah pemerintahan sementara oleh Tentera. Pihak tentera Mesir juga mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

sebab morsi diguling Punca Morsi Digulingkan Tentera Mesir
Mungkin ramai antara kita yang bertanya:“Mengapa ramai sangat yang menentang Presiden Dr Mohamad Morsi dari
Gerakan Ikhwan Al-Muslimin, padahal majoriti penduduk Mesir telah
mengundi beliau semasa pilihan raya pemilihan Presiden Mesir selepas
Revolusi 25 Januari 2011 yang lalu?”
Bukankah ia pelik? Apalagi yang dimahukan oleh Rakyat Mesir?
  • Ketika pemerintahan Hosni Mubarak yang panjang, konsep politik Islam
    sentiasa mengalami ancaman termasuk tidak mengiktiraf kemenangan parti
    yang mewakili Islam. Perubahan pasca Hosni Mubarak, pada awal kemenangan
    sayap politik Ikhwanul Muslimin ramai aktivis Islam melihatnya sebagai
    kemenangan pergerakan Islam, tetapi ia tidaklah semudah ketika runtuhnya
    rejim Mubarak.
  • Kemenangan Presiden Dr.Morsi adalah
    sebanyak 13 juta undi berbanding calon sengit Ahmad Syafiq yang meraih
    12 juta undi dan ini bermakna Dr Mohamad Morsi menang dengan majoriti
    sebanyak 1 juta undi.
  • Dr. Mohamed Morsi yang menang secara sah menerusi pilihan raya awam
    pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak, akhirnya terpaksa berhadapan
    dengan siri rusuhan yang panjang dalam tempoh setahun kemenangannya.
  • Pertengahan tahun 2012, Morsi diisytiharkan menang dan di awal
    kemenangannya, Ikhwanul Muslimin pernah ditempelak kerana masih
    mengekalkan sebahagian penyokong Mubarak dan kelompok liberal dalam
    mempengaruhi pentadbirannya, termasuk cadangan pindaan perlembagaan.
  • Kumpulan liberal, sekular dan pembangkang berhaluan kiri melihat
    Morsi adalah seorang pemimpin yang gagal, kerana tidak mampu menyusun
    sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  • Morsi juga terpaksa mengetepikan dikri yang pernah dikeluarkan bagi
    melaksanakan pindaan perlembagaan kerana dianggap tidak menepati
    kehendak politik moden negara itu yang masih memerlukan bantuan Barat,
    terutamanya Amerika Syarikat.
  • Morsi pernah membuat permohonan bantuan kewangan daripada tabung
    kewangan yang dikawal oleh Amerika Syarikat bagi memulihkan negara itu
    yang musnah dalam rusuhan besar selama beberapa bulan terakhir
    pentadbiran Mubarak.
  • Sejak negara-negara Barat menjajah Mesir, dan selepas mencapai
    kemerdekaan, pemerintahan boneka Mesir dinilai tidak memberikan ruang
    yang menarik untuk pertubuhan Islam.
  • Ikhwanul Muslimin bukan sahaja pernah diharamkan oleh pemerintah,
    bahkan aktivisnya pernah ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh manakala
    sebahagian yang lain melarikan diri ke serata negara. Dalam perlembagaan
    Mesir, oleh sebab Ikhwanul Muslimin yang berasal daripada gerakan
    sosial dan kemudiannya membuka sayap politik, memasuki pilihan raya
    menjadi ancaman kepada kekuasaan pemerintah dan Barat, tekanan sentiasa
    dilakukan.
  • Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah pertubuhan yang
    paling berpengaruh dan tersusun, apabila berakhirnya rejim Mubarak pada
    awal tahun 2011, ramai yang meramalkan parti yang didokongi Ikhwanul
    Muslimin akan mencapai kemenangan. Hal itu menjadi kenyataan apabila
    sayap politiknya menang pada pertengahan 2012, dan proses pembentukan
    kerajaan benar-benar memberikan cabaran yang besar.
  • Kemunculan kumpulan ekstremis dalam politik Mesir sebenarnya sudah
    diketahui umum dan sentiasa ada. Ketika Morsi menetapkan dasar yang
    lebih liberal dan menangguhkan sementara pengiktirafan ke atas Israel,
    golongan sekular dan kelompok pembangkang berhaluan kiri melihatnya
    sebagai halangan yang besar.
  • Kelompok tersebutlah sebenarnya yang muncul
    kemudian untuk menentang setiap keputusan presiden dan ketika ini
    mendesak Morsi berundur.
  • Kelompok penentang Morsi telah memulakan gerakan menyeru rakyat agar
    bangkit dan mendesak pengundurannya. Situasi seperti ini memang sudah
    muncul sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman Affan r.a. sehingga
    menyebabkan berlaku tragedi berdarah. Ia bermula menerusi penyebaran
    fitnah oleh kelompok pelampau atas dakwaan urus tadbir negara yang tidak
    cekap. Morsi juga berhadapan dengan tuduhan yang sama kerana gagal
    melaksanakan reformasi ekonomi yang berkesan.
  • Kegagalan Morsi menguruskan ekonomi sebenarnya berpunca daripada
    sumber kewangan yang tidak mencukupi. Apabila gagal mendapat pinjaman,
    bantuan kewangan daripada dana pemegang tabung antarabangsa, ia telah
    membantut proses pemulihan ekonomi.
  • Sebahagian besar kelompok yang banyak mendapat faedah ketika
    pemerintahan Mubarak, melihat Morsi sebenarnya seorang pemimpin yang
    gagal. Proses menjana kekayaan telah gagal, maka menyebabkan jumlah
    rakyat miskin semakin besar dan setiap hari dikatakan bertambah.
  • Sekalipun dinafikan kegagalan berpunca daripada kelemahan dasar,
    Morsi berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan Khalifah Uthman
    Affan. Puak pelampau menggunakan ‘kelemahan’ itu sebagai senjata untuk
    mendesak pengunduran pada mulanya, tetapi atas keengganan beliau, mereka
    akhirnya mengajak rakyat berhimpun semula di Dataran Tahrir melancarkan
    ‘revolusi kebangkitan rakyat kedua.’
  • Mereka hanya berkumpul kerana disatukan oleh rasa kemarahan yang
    sama. Biasanya sasaran kemarahan itu ialah ‘kuasa yang diwujudkan’.
    Mereka merupakan manusia yang yang normal, tetapi apabila emosinya
    sentiasa diasak dengan kebencian dan hasutan, akhirnya bertukar menjadi
    ganas atau agresif.
  • Mereka sebenarnya telah kehilangan arah, tunduk kepada kemahuan massa
    dan seakan-akan mereka dirasuk. Sikap seumpama ini menjatuhkan martabat
    mereka sebagai manusia dan secara tidak langsung telah menuruni
    beberapa anak tangga peradaban.
 Punca Morsi Digulingkan Tentera Mesir

Gerakan Penyelamat Mesir

  • Sememangnya kita tidak boleh nafikan beribu-ribu
    jumlah penentang Dr Mohamad Morsi mengambil langkah protes dengan
    membunuh beberapa pemuda Ikhwanul Muslimin, membakar pejabat-pejabat
    operasi Ikhwanul Muslimin dan pejabat-pejabat Parti Kebebasan &Keadilan ( FJP ) di seluruh Mesir baru-baru ini, adalah dari kalangan 12
    juta penyokong Ahmad Syafiq. Dengan hasrat, ingin dan mahu menjatuhkan
    rancangan dan cita-cita besar Presiden Dr Morsi untuk melaksanakan
    Perlembagaan baru di Mesir.
  • Melalui sokongan Ikhwan Muslimin dan Parti Keadilan dan Kebebasan
    (FJP) pemerintah Mesir melancarkan kempen ‘Bersama bangunkan Mesir’ yang
    menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, memulihkan sekitar 2,000
    buah sekolah dan mewujudkan pasar murah bagi mengurangkan beban rakyat
    berikutan kenaikan harga barang.
  • Tetapi malangnya, kesabaran tidak ada kepada parti-parti pembangkang
    khususnya Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang mendesak supaya
    revolusi kedua dilancarkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Morsi
    memenuhi tuntutan mereka dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi
    oleh Mesir.
  • Mereka mendakwa tempoh enam bulan di bawah pemerintahan Morsi (ketika protes bermula),
    ekonomi negara itu semakin buruk dan rakyat semakin menderita. Sesuatu
    yang amat malang bagi pemerintah Mesir apabila mereka terpaksa
    berhadapan dengan puak yang tidak sabar seumpama itu.
  • Beliau bukan sahaja berhadapan dengan kelompok
    pembangkang yang sentiasa sahaja mahu mencari salah tetapi juga
    gerakan-gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang
    merasakan gerakan revolusi yang dilancarkan dua tahun lalu tidak
    memenuhi kehendak mereka.
  • Oleh itu, mereka terus mengapi-api perasaan rakyat Mesir untuk
    bangkit menentang Morsi pula selepas berjaya meranapkan riwayat
    pemerintahan Hosni Mubarak. Mereka memahami peluang itu ada kerana
    berdasarkan kepada pemilihan Presiden pada Jun lalu, Morsi bukanlah
    menang dengan selesa.
  • Samseng-samseng upahan
    dari kumpulan tiga serangkai (kumpulan yang mendakwa mereka adalah
    “GERAKAN PENYELAMAT MESIR” yang diketuai oleh Amru Musa,
    Dr.Mohammad El-Baradei dan Hamdin Sobahi (bekas calon Presiden Mesir
    yang tewas).
  • Ada juga kemungkinan besar, bahawa semua
    samseng ini mendapat habuan yang tinggi daripada kuasa besar Amerika
    Syarikat dan Israel. Jika tidak, mana mngkin mereka sanggup membunuh dan
    membakar? Negara Mesir sememangnya sinonim dengan “PYRAMID” sejak dari
    zaman pemerintahan Hosni Mubarak lagi.
  • Mengapa dikatakan negara “PYRAMID”? Hal
    ini kerana bilangan yang kaya raya itu mewakili golongan paling atas
    bahagian piramid dan terdiri daripada golongan pemerintah, sedangkan
    bilangan yang sangat miskin itu sangat besar jumlahnya mewakili bahagian
    paling bawah piramid. Oleh sebab itu, kemungkinan mereka diupah dan
    ditawarkan dengan jumlah wang yang besar tidak dinafikan.
  • Dan hanya kumpulan 3 serangkai yang
    menolak perbincangan tersebut iaitu Amru Musa, Hamdin Sobahi sebagai
    pengasas Gerakan Kebangsaan dan Dr.Mohammad El-Baradei, yang meletakkan
    syarat Morsi perlu membatalkan dekri yang berkaitan kekebalan dalam
    semua keputusan Morsi dan perkara berkaitan Presiden berhak mengambil
    apa-apa langkah bagi memelihara keamanan negara.
morsi+digulingkan billyinfo3 Punca Morsi Digulingkan Tentera Mesir
 Penunjuk perasaan meraikan kejatuhan Mohamed Mursi di luar istana presiden di Kaherah Mesir

Apa akan terjadi selepas ini?

Dalam masa yang sama, pemimpin utama jihad, Al-Gamaa Al-Islamiya,
Tarek El-Zomor memberi amaran kepada lawan-lawan politik Morsi agar
tidak menjatuhkan pemerintahan Presiden Mesir itu.

”Jika Presiden Morsi dijatuhkan secara tidak sah, Ikhwan Muslimin
yang terkenal dengan sikap damainya akan masuk campur untuk membuka
laluan kepada kelompok revolusi Islam menentang kelompok anarkis dan
sekular,” katanya.

Apa pun keadaannya, ternyata perkembangan terkini di Mesir yang memasuki usia dua tahun selepas berlaku Arab Spring masih meletakkan negara itu dalam keadaan tidak menentu.

Provokasi dan fitnahlah yang bakal menyaksikan Mesir kembali bermandi
darah, manakala musuh-musuh Islam boleh tersenyum melihat betapa
kalutnya jiwa yang ada dalam kalangan umat Islam.
Sikap tidak sabar, memancing emosi rakyat dan menjadikan demonstrasi
jalanan sebagai platform untuk melakukan bantahan ternyata menjadi
ancaman berterusan kepada pemerintah Mesir yang diyakini oleh
diplomat-diplomat asing mampu memulihkan keadaan
negara itu.

Oleh itu jadikanlah Mesir sebagai contoh bagaimana usaha murni
kerajaan tidak akan tercapai jika ada pihak mahu berpolitik sepanjang
masa sehingga ia akan memungkinkan negara kucar kacir dan rakyat
menderita.

Sumber dari media  internet  dan source

 

Incoming search terms:

Baca Info Ni Jugaclose